·
Kata seru ialah kata
yang digunakan untuk menyatakan
perasaan seseorang seperti geram, hairan, marah, takut, sakit, dan
sebagainya.
·
Kata seru digunakan
untuk membentuk ayat seruan.
Kata Seru
|
Penggunaannya
|
Ayat Contoh
|
aduh
|
menyatakan perasaan
sakit atau hairan
|
1. Aduh, sakitnya
kakiku!
2. Aduh, indah sungguh kawasan ini! |
cih / cis
|
menyatakan perasaan
mengejek, tidak suka, atau marah
|
1. Cih, bedebah betul
budak ini!
2. Cis, nyah engkau dari sini! |
eh
|
menyatakan perasaan
hairan atau terkejut
|
1. Eh, bila kamu
sampai!
2. Eh, dulu kawasan ini semak-samun. |
hai
|
untuk menarik
perhatian atau untuk menegur seseorang
|
1. Hai, jangan duduk
di situ!
2. Hai, lama saya tidak melihat kamu! |
nah
|
untuk menarik
perhatian atau memberikan sesuatu
|
1. Nah, itu orangnya!
2. Nah, terimalah habuanku! |
oh
|
menyatakan perasaan
hairan, terkejut, kecewa, dan sebagainya
|
1. Oh ibu, ampunilah
dosaku!
2. Oh, kamu rupanya! |
wah
|
menyatakan perasaan
kagum
|
Wah, bijak sungguh
budak itu!
|
amboi
|
menyatakan rasa
hairan atau kagum
|
1. Amboi, murah betul
barang-barang
Ini!
2. Amboi, manja budak ini! |
ah
|
untuk menyatakan
tidak setuju atau menolak sesuatu
|
1. Ah, saya tidak
akan pergi!
2. Ah, saya tidak akan menurut kata-katanya itu! |
wahai
|
untuk menyatakan
perasaan sedih atau untuk menarik perhatian
|
1. Wahai anakku,
bertaubatlah!
2. Wahai orang-orang yang beriman, kerjakanlah sembahyang! |
Posted by:Tan Lee Hong
Nota ini memang baik untuk murid membuat rujukan.
ReplyDeleteTerima kasih.
ReplyDeleteHarap nota berkenaan dapat membantu anak murid dalam P&P.
Banyak maklumat disediakan, well done.
ReplyDeleteTerima kasih.cikgu Lam!Saya akan usaha lagi..
ReplyDelete