Kata
adjektif ialah kata yang berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat
bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.
Kata
adjektif boleh dikenal pasti apabila sesuatu kata itu boleh menerima kata penguat. Kata penguat ada tiga jenis, iaitu kata penguat hadapan yang hadir sebelum kata adjektif, kata penguat belakang yang hadir
selepas kata adjektif, dan penguat bebas
yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Kata
Penguat Hadapan
|
Kata
Penguat Belakang
|
Kata
Penguat Bebas
|
terlalu, paling, agak, begitu
|
sekali, benar, nian, betul
|
amat, sangat, sungguh
|
Contoh ayat:
·
Pokok di belakang rumah Rahman terlalu
rendang.
·
Masakan ibunya paling
sedap.
·
Lukisan itu agak cantik.
|
Contoh ayat:
·
Kelakuan budak-budak itu nakal sekali.
·
Rumah di atas bukit itu cantik betul.
·
Pemandangan di situ indah nian.
|
Contoh ayat:
·
Pakaian pemuda itu amat
kemas.
·
Pakaian pemuda itu kemas amat.
·
Sungai itu dalam sangat.
·
Sungai itu sangat dalam.
|
1. Frasa Adjektif yang diperluas.
Frasa adjektif yang diikuti oleh
frasa
sendi apabila diperluas.
Contoh : Saya gemar lagu-lagu Melayu Asli. (X)
Saya
gemar
akan lagu-lagu Melayu Asli. (√)
Kami
benci
sikapnya itu. (X)
Kami
benci
akan sikapnya itu. (√)
2.
Bentuk Kata Adjektif
- Kata adjektif
tunggal – terdiri daripada satu perkataan. Contohnya : terang, pendek, gemuk.
- Kata adjektif
terbitan - kata adjektif yang menerima imbuhan
awalan, sisipan, akhiran dan apitan.
- Kata adjektif ganda
– bermaksud makna keadaan sifat yang menyeluruh (besar-besar, cantik-cantik.)
- Kata adjektif majmuk
– rangkaian 2 kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. (merah jambu, hijau daun)
3. Kata Adjektif Terbitan
i. Imbuhan Awalan teR-
Awalan
ter- pada kata adjektif berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau
keadaan ‘paling’.
Contoh:
Ali ialah murid yang terkecil di kelas itu. (paling kecil)
Alan ialah murid yang terkacak di kelas itu. (paling kacak)
- Apabila kata adjektif sudah berawalan ‘ter’ maka tidak perlu disertai oleh kata penguat yang lain.
Contoh:
Zainal mendapat markah paling
terbaik. (X)
Zainal mendapat markah terbaik.
(√)
Ali mendapat markah paling baik.
(√)
- Jika kata adjektif berawalan ter- digunakan, kata penguat belakang tidak boleh hadir.
Contoh :
Stadium inilah yang terbesar sekali. (X)
Stadium inilah yang terbesar. (√)
ii. Imbuhan Awalan se-
Awalan
‘se-‘ dapat menerbitkan kata adjektif yang berfungsi sebagai memberikan
pengertian
‘sama dengan’.
Contoh:
Warna baju itu semerah darah. (sama merah dengan)
Gadis
itu secantik bidadari. (sama cantik dengan)
Kata
adjektif awalan ‘se-‘ membawa makna ‘sama
dengan’ maka tidak perlu diikuti dengan kata
sendi ‘dengan’
Contoh:
Kereta baharunya tidak secantik dengan kereta abang
saya. (X)
Kereta baharunya tidak secantik kereta abang saya. (√)
iii. Apitan ke-...-an
Apitan ke-...-an dapat menerbitkan
kata adjektif yang mendukung makna menyerupai
sifat atau sama seperti. Oleh
itu, penggunaan kata ‘seperti’ sebelum kata adjektif apitan ‘ke-...-an’ adalah
salah.
Contoh:
Matanya seperti kemerah-merahan akibat kurang tidur. (X)
Matanya kemerah-merahan akibat kurang tidur. (√)
Pertuturan pemuda itu seperti kearaban selepas pulang
dari Jordan. (X)
Pertuturan pemuda itu kearaban selepas pulang dari
Jordan. (√)
Apabila kata
adjektif mengalami penggandaan, maka kata nama tidak boleh digandakan
lagi
untuk menunjukkan maksud jamak.
Contoh:
Barang-barang yang dijual di kedai itu murah-murah belaka. (X)
Barang yang dijual di kedai itu murah-murah belaka. (√)
Posted by :Tan Lee Hong
Amat berguna.
ReplyDeleteTerima kasih..
Deletenota yang jelas!!
ReplyDeleteNota yang berguna
ReplyDeleteTQ..
Delete