Thursday, 29 November 2012

Pengaplikasian Pelbagai Teknik Pengajaran Bahasa



PENGAPLIKASIAN PELBAGAI TEKNIK PENGAJARAN BAHASA
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3117

DEFINISI TEKNIK DRAMA
Sir John Pollock (1958)
- satu pertunjukan yang berlaku penyatuan antara lakonan dan pengucapan atau persembahan gerak laku, serta melakonkan atau meniru watak-watak.
-       Drama harus mengandungi persoalan, tindakan, perkembangan, dan klimaks serta kesimpulan.
-       Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
-       Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka,gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
-       Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
-       Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
-       Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
-       Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar

MIMOS
-       Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog
-       Penonton membuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan menggunakan perkataan yang tepat, ayat yang betul dan idea yang tersusun selepas aktiviti.
-       Bahan untuk aktiviti :
-Kisah pendek, bahagian –bahagian cerita petikan puisi, cerita panjang yang lengkap.

Contoh aktivti Mimos 

i.Individu

Guru menyediakan beberapa situasi untuk dilakonkan oleh pelajar.

a) Anda sedang membaca surat khabar semasa angin bertiup kencang.

b) Anda sedang menonton satu perlawanan tinju, bola sepak atau silat.

ii. Berpasangan

Guru memilih dua orang pelajar untuk beraksi. Seorang menjadi pelaku (aksi spontan) dan seorang menjadi bayang dalam cermin (mengikut aksi pelakon)

a) Seorang doktor sedang merawat pesakit.
b) Anda sedang memujuk seorang rakan yang sedang merajuk.


ARCA

Kamus dewan edisi keempat :
-       Patung yang menyerupai seseorang
-       Bayang yang terlihat di dalam cermin atau melalui kanta kamera.
-       Bayang-bayang yang terlihat ketika seseorang itu berkhayal.
-       Gambaran dalam fikiran atau pertalian fikiran yang dihasilkan dalam karya sastera.


IMPROVisASI(pengubahsuaian)

-       Lakonan secara spontan dalam kumpulan kecil yang mengisahkan kejadian , keadaan atau situasi dalam kehidupan  seharian.
-       Melalui teknik improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru.
-       Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi dengan ransangan yang disediakan.
-       Melalui improvisasi juga, daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum.
-       Menurut Som Hj. Nor (1994) improvisasi membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka.Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi, benda/alat, watak, petunjuk dan, biografi

Contoh aktiviti Improvisasi

-       Improvisasi berdasarkan petunjuk lebih sesuai untuk pelajar yang lebih dewasa. Daripada petunjuk-petunjuk yang diberikan, pelajar dikehendaki mengimprovisasikan watak yang diwujudkan daripada topi, rotan, televisyen, beg, buku dan lain-lain.

-       Improvisasi berdasarkan biografi ini juga sesuai untuk pelajar yang lebih dewasa. Biografi seorang watak terkenal seperti Mahatma Gandhi mungkin dipilih.

-       Setelah berbincang satu babak dalam kehidupan watak itu mungkin diimprovisasikan. Improvisasi boleh dijalankan secara berpasangan, tiga orang atau lebih.

-       Improvisasi berdasarkan situasi bermaksud satu situasi diberikan kepada pelajar secara individu, pasangan atau kumpulan. Pelajar-pelajar ini diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.

-       Improvisasi berdasarkan benda/alat pula bermakna dengan menggunakan benda atau alat-alat yang ada, pelajar diminta mengimprovisasikan satu misteri dengan alat tersebut atau sekiranya pakaian digunakan pelajar dikehendaki mereka lakonkan watak yang sesuai.

-       Pakaian yang digunakan di sini bukan untuk dipakai tetapi adalah untuk merangsang pelajar menjadi lebih imaginatif.


Main Peranan

-       Murid melakonkan satu watak daripada satu suasana yang dipetik daripada peristiwa, novel,cerita atau situasi.
-       Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai.
-       Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
-       Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
-       Contoh aktiviti Main Peranan
        Contoh situasi:

a) Situasi menziarahi orang sakit
b) Situasi di pejabat sekolah.
         
SIMULASI

-       Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta dipersembahkan di dalam bilik darjah.
-       Situasi dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan pembacaan yang dilakukan murid.
-       Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
-       Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah
-       Contoh aktiviti Simulasi
        Contoh aktiviti :

a) Memandu kapal terbang
b) Menerima rawatan di wad kecemasan


TEATER BERCERITA

-       Teknik drama bercorak cerita yang dilakonkan secara spontan hasil gabungan antara pencerita dengan pelakon.
-       Pelakon boleh membina dialog sendiri untuk menjadi cerita lebih menarik.
-        Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita,  boleh keluar ke ruang lakon secara spontan sambil melakonkan aksi yang disebut oleh pencerita.
-       Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

PENTOMIN

-       Pentomin adalah drama yang ditampilkan dalam bentuk gerakan tubuh atau bahasa isyarat tanpa pembicaraan.
-       Lakonan situasi tanpa dialog, skripnya akan dibaca oleh murid lain yang mengiringi lakonan tersebut.
-       Memberi peluang kepada murid untuk berlakon tanpa memikirkan masalah untuk menghafal dialog.

Contoh aktiviti :
-Peristiwa malam kemerdekaan negara 

MESTAMU

-       Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.
-       Gunakan melodi lagu yang diminati /popular dan gantikan lirik lagu dengan sajak atau puisi yang dipelajari.
-       Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
-       Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan seloka.

DIKON

-       Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
-       Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak/puisi.
-       Teknik ini sesuai untuk sajak.


TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Teknik Permainan Bahasa
-       Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
-       Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
-       Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Kepentingan Permainan Bahasa

-       Bermain untuk Perkembangan Fizikal. - Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka
-       Bermain untuk Perkembangan Sosial dan Emosi -Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak.
-       Bermain untuk Perkembangan Kognitif


Prinsip-prinsip Permainan Bahasa
-       Ada kaitan dengan objektif pembelajaran.
-       Sesuai dengan umur dan kebolehan
-       Arahan permainan jelas
-       Maklum balas sesuatu perkara perlu diberi serta-merta
-       Tempoh permainan hendaklah relevan
-       Menekankan nilai murni
-       Kelemahan Permainan Bahasa
-       Bosan
-       Suasana tegang boleh berlaku
-       Alat-alat permainan memerlukan wang
-       Masa yang panjang
-       Kawalan guru yang lemah


Langkah Pelaksanaan

Sebelum:
• Menentukan jenis permainan
• Cara permainan ( individu, pasangan, kumpulan )
• Syarat permainan masa, bahan, peraturan, petugas.

Semasa:
ÿ Peringkat awal, induksi set.
ÿ Peringkat pertengahan langkah pengajaran.
ÿ Peringkat akhir kemahiran pengukuhan

Selepas:

ÿ Menentukan semua bahan disimpan semula.
ÿ Perbincangan guru-pelajar.

Contoh Permainan Bahasa

Membentuk Perkataan

Objektif: Supaya pelajar mahir membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang
diberi.
Bahan: Kad yang mengandungi huruf tertentu.
Cara bermain: Berkumpulan

Langkah:
1. Setiap kumpulan pelajar diberi senarai perkataan yang tidak betul susunan ejaannya.
2. Mereka dikehendaki menyusun huruf-huruf yang diberi supaya membentuk
perkataan yang betul ejaannya.
3. Peruntukan masa tertentu untuk setiap soalan yang diberi.

Nota:
�� -Cara yang sama juga boleh digunakan untuk permainan membentuk ayat. Dalam
permainan ini anda perlu menyediakan kad-kad yang mengandungi perkataan untuk
disusun membentuk ayat yang betul. 

�� -Untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar, anda boleh memperuntukkan masa
yang singkat dalam satu-satu soalan. Keadaan ini juga boleh menambahkan lagi
tarikan dan keseronokan pelajar.

Permainan Teka Lakonan

Objektif: Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimiginasi dengan baik
Bahan: Kertas arahan (sampul)
Cara bermain: Kelas/berkumpulan
Langkah:
1. Pelajar duduk di tempat masing-masing.
2. Anda perlu membuat satu lakonan.
3. Pelajar diminta meneka apa yang dilakonkan oleh anda.
4. Kemudian anda perlu memilih seorang pelajar membuat lakonan berdasarkan
arahan dalam sampul yang dipilih.
5. Pelajar lain diminta meneka lakonan tersebut.
6. Seterusnya anda boleh melakukannya berdasarkan perlawanan kumpulan.
Kumpulan lawan akan meneka lakonan wakil kumpulan lain.
7. Penilaian dilakukan berdasarkan ketepatan meneka. 


TEKNIK LATIH TUBI

Teknik Latih Tubi

-       Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
-       Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
-       Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Kedua.
-       Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran melukis , menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
-       Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta fungsinya dalam situasi melalui penggunaan perkataan-perkataan itu. Contoh, perkataan ‘perang’.
-       Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua
-       Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
-       Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

1) Sebutan (accent)
   -Menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

2)Tatabahasa (grammar)
    -Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.

3)Perbendaharaan kata (vocabulary)
    -Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

4) Kefasihan (fluency)
     -Menggunakan perkataan ,ayat dan frasa dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.

5) Kefahaman (comprehension)
          -Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar
- Latihan latih tubi merupakan kaedah instruksional yang berkesan sekiranya guru dapat menggunakannya dengan betul dan sesuai dengan perancangan pengajaran mereka, iaitu:-
         -Latih tubi diberikan dalam masa singkat iaitu di antara 10 hingga 15 minit sahaja.
         - Jumlah dan jenis latih tubi itu hendaklah bersesuaian dengan peruntukan masa dan tahap kebolehan pelajar.
        
-       Galakkan pelajar-pelajar merekodkan kemajuan yang diperoleh melalui setiap aktiviti dalam latih tubi itu.

         - Galakkan penggunaan latih tubi yang berbentuk permainan atau menguji kecekapan supaya menarik minat dan tidak membosankan.

         - Pastikan pelajar faham mengapa mereka perlu menguasai sesuatu konsep atau kemahiran dan ianya dapat dipermudahkan melalui latih tubi yang diberikan oleh guru.
        - Mengelakkan latih tubi yang berbentuk:-

         - Membosankan dan kurang menarik.

         - Terlalu lama dan banyak fakta yang  terkandung di dalamnya.

         - Sesuatu yang mendatangkan kesan negatif kepada pelajar seperti merasa tertekan, tidak selesa atau kurang berminat mengikuti latihan tersebut.


-       Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.

-       Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

-       Guru harus ingat bahawa teknik yang hendak digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak, pengajaran yang hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan membosankan.


TEKNIK BERCERITA

DEFINISI BERCERITA
-       Menurut Kamus Dewan,cerita ialah jalinan dan susunan mengenai kejadian atau hal-hal yang berlaku sama ada betul-betul berlaku atau yang diada-adakan.
-       Bercerita pula merupakan perbuatan yang mengesahkan sesuatu cerita atau rangkaian sesuatu peristiwa.

TEKNIK BERCERITA
-       Teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran merupakan teknik yang telah lama digunakan.
-       Teknik ini mudah menarik minat kanak-kanak.
-       Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru menyampaikan pelajaran kepada murid-murid mereka.
-       Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian di samping menjadikan pembelajaran dalam keadaan menyeronokkan.
-       Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
-       Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
-       Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.
-       Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita.
-       Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
-       Suara memainkan peranan yang penting iaitu suara harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan



TUJUAN BERCERITA

-       Memotivasikan serta menimbulkan minat murid untuk belajar.
-       Melatih murid menguasai kemahiran mendengar.
-       Memupuk nilai murni yang terkandung dalam cerita.
-       Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira.
-       Memperkaya pengalaman murid melalui perkaitan cerita dengan kehidupan mereka.
-       Menambahkan bahan-bahan untuk murid menulis karangan.

LANGKAH-LANGKAH DALAM PERSEDIAAN TEKNIK BERCERITA
-       Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
-       Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan itu ke dalam cerita tersebut.
-       Hafazkan frasa-frasa, atau ayat-ayat yang penting atau lain-lain aspek bahasa yang hendak disampaikan.
-       Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
-       Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan itu.
-       Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain alat bantu mengajar.
-       Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat dan lain-lain yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan untuk pengajaran seterusnya.


PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SESI BERCERITA

Sebelum bercerita :
-       Pilih cerita yang sesuai dengan topic pelajaran.
-       Guru penting menguasai bahagian-bahagian penting cerita secara berulang-ulang.
-       Sedia alat bantu mengajar.

Semasa bercerita :
-       Gunakan set induksi yang menarik ketika memulakan cerita.
-       Gunakan nada suara dan gaya yang sesuai agar suasana satu peristiwa dapat dirasakan.
-       Pastikan setiap murid memberi perhatian.
-       Terapkan nilai-nilai murni dalam cerita yang disampaikan.

Selepas bercerita :
-       Uji kefahaman murid secara lisan atau tulisan tentang cerita yang disampaikan.
-       Adakan perbincangan.





No comments:

Post a Comment