1. Kata
perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan gerak balas yang
berupa tindakan. Ayat perintah berfungsi sebagai ayat yang bermaksud suruhan,
permintaan, silaan ataupun larangan.
2. Contoh
kata perintah:
a. Suruhan
– tolong
b. Permintaan
– minta, harap
c. Silaan
– sila, jemput
d. Larangan
– jangan, usah.
3. Contoh
penggunaan kata perintah dalam ayat:
a. Tolong
kembalikan buku cerita saya.
b. Minta
semua peserta bersedia.
c. Harap
saudara
faham masalah saya.
d. Sila
masuk.
e. Jemput
makan.
f. Jangan
berdiri di situ.
g. Usah
kamu fikirkan kisah yang sudah berlalu.
4. Kesilapan
4.1 penggabungan
kata perintah.
a. Sila
jangan merokok di kawasan ini. (X)
b. Tolong
jangan bising di dalam perpustakaan. (X)
c. Harap
jangan memijak rumput ini. (X)
d. Jangan
merokok di kawasan ini. (√)
e. Jangan
bising di dalam perpustakaan. (√)
f. Jangan
memijak rumput ini. (√)
*Imbuhan meN- pada kata
kerja transitif harus digugurkan dalam ayat perintah.
*Imbuhan awalan kata kerja
tak transitif harus dikekalkan dalam ayat perintah.
Posted by: Tan Lee Hong
Posted by: Tan Lee Hong
No comments:
Post a Comment