1.
Kata
hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan
perkataan rangkai kata
dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) kata hubung gabungan,
(b) kata hubung pancangan,
(c) kata hubung berpasangan.
·
Contoh
kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan
serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata
Hubung Gabungan / Pancangan
Contoh
|
Ayat Contoh
|
agar
|
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi
dia segera.
|
apabila
|
Mukanya pucat apabila disoal.
|
atau
|
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke
sana.
|
bahawa
|
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu
benar.
|
dan
|
Leela dan Siu Lan berjiran.
|
hingga
|
Ayah dan kawannya berbual hingga larut
malam.
|
Jika
|
Saya berpayung jika hujan.
|
Jikalau
|
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah
kebajikan.
|
kecuali
|
Semua murid Nadir kecuali Gopal.
|
kerana
|
Aini menangis kerana terlalu sedih.
|
lalu
|
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan
pohon.
|
manakala
|
Baju Karim bersih manakala baju adiknya
kotor.
|
sambil
|
Zalifah bernyanyi sambil menari.
|
serta
|
Zahid serta abangnya menonton wayang.
|
semenjak
|
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
|
sementara
|
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan
masih sihat.
|
sungguhpun
|
Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
|
supaya
|
Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.
|
walaupun
|
Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja
ItU.
|
tetapi
|
Badannya besar tetapi penakut.
|
Kata
Hubung Berpasangan
Contoh
|
Ayat
Contoh
|
Baik
- mahupun
|
Baik
lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya
itu.
|
Baik-
baik
|
Baik
Daud baik adiknya samasama pintar.
|
bukan
sahaja malah
|
Fuad
bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
|
entah
entah
|
Jangan
lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
|
Jangan
– pun
|
Jangankan
sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
|
Kian
– kian
|
Kian
lama kian banyak orang yang ke sana.
|
Sama
ada – ataupun
|
Guru
Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
|
sedangkan...inikan
pula
|
Sedangkan
Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
|
semakin...semakin
|
Encik
Husin semakin kaya semakin pemurah.
|
sungguhpun...tetapi
|
Sungguhpun
badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
|
walaupun...namun
|
Walaupun
cacat namun Guan rajin berusaha.
|
2. Contoh
kata hubung dalam bentuk Akar
Dan
|
hingga
|
lalu
|
ketika
|
Dengan
|
yang
|
tetapi
|
Jika
|
Kerana
|
serta
|
kalau
|
kemudian
|
Demikian
|
walhal
|
walau
|
Agar
|
Atau
|
demi
|
supaya
|
3. Contoh
kata hubung dalam bentuk terbitan.
Semasa
|
sementara
|
seharusnya
|
andaikata
|
Semoga
|
seketika
|
sebaliknya
|
sedangkan
|
Setelah
|
sesungguhnya
|
walaupun
|
itupun
|
Sewaktu
|
seandainya
|
meskipun
|
sekali[un
|
mudah-mudahan
|
moga-moga
|
jikalau
|
bagaimanapun
|
Padahal
|
Contoh ayat
1. Menggabungkan dua ayat
Azhar dan
Malek pergi ke Kelantan.
2. Menggabungkan dua rangkai kata
Kita
boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
3. Menggabungkan ayat-ayat
Negara
itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi
rakyatnya masih miskin dan
menderita.
Posted by:Tan Lee Hong
nota yang jelas.. tahniah.
ReplyDeleteTerima kasih。。
Deletecikgu sila beri komen kepada saya. Saya juga mengajar kata hubungan tahun 2. Nota yang cikgu sedikan sangat jelas, usaha lagi!
ReplyDeleteblog saya:http://tangeokhwa1963.blogspot.com/
OK. Terima kasih...
ReplyDeletePenerangan yan jelas. Bagus sekali!
ReplyDeleteBagus!
ReplyDelete