Tuesday, 23 October 2012

Kata Nama


KATA NAMA
Kata nama ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan benda,sesuatu yang hidup,tempat atau sesuatu perkara.
Kata nama terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
a.    kata nama am
b.    kata nama khas

Kata Nama Am
1.    Kata nama am ialah perkataan yang digunakan untuk menamakan manusia, haiwan, tumbuhan, tempat, dan benda secara umum.
2.    Huruf awal kata nama am ditulis dengan huruf kecil, kecuali di awal ayat.
3.    Contoh kata nama am :
Kata Nama Am
Contoh
Contoh Ayat
Manusia
guru,doktor,adik, ibu,saudari
Adik menangis kerana lapar.
Haiwan
kucing,harimau, burung, ikan
Ali  mempunyai seekor kucing  yang comel.
Tumbuhan
pokok, rumput, kubis, rambutan
Isi rambutan manis.
Tempat
bilik, pekan, dapur, perpustakaan
Mereka membaca di perpustakaan.
Benda
meja, basikal, bola, komputer
Kok Seng sedang bermain bola.


Kata Nama Khas

1.    Kata nama khas ialah perkataan yang digunakan untuk menamakan manusia haiwan,tempat,benda,bangunan,dan buku judul secara khusus.
2.    Huruf awal kata nama khas ditulis dengan huruf besar walaupun berada di tengah atau di akhir ayat.
3.    Contoh kata nama khas:

Kata Nama Khas
Contoh
Contoh Ayat
Manusia
Linda, Ahmad, Tanaraj, Puan Tan,  Vivian, Mei Ling, Encik Koh
Vivian sedang menyiapakan kerja sekolahnya.
Haiwan
Sang Kelembai, Si Comel, Si Murai,
Pak Belang, Sang Kancil
Si Murai diberi makan buah betik.
Tempat
Sungai Klang, Johor, Jalan Melanti, Taman Indah, Kampung Gombang
Sungai Klang dicemari sampah sarap dan bahan buangan lain.
Benda
Bata, Adidas, Milo, Proton Saga,
Toshiba, Nokia, Samsung
Ayah telah membeli sebuah kereta Proton Saga.
Bangunan
UPSI, KLCC, Komtar, Kompleks Sukan Pagoh, PWTC
Pelancaran novel itu diadakan di KLCC.
Judul buku
Matematik, Merak Yang Sombong, Bahasa Melayu, Kajian Tempatan
Buku teks Matematik perlu dibawa esok.

Posted by : Tan Lee Hong


12 comments: