Monday 3 December 2012

Status Dan Fungsi Bahasa Melayu



•…Bahasa adalah satu sistem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari (sewenang-wenangnya) untuk menyampaikan fikiran, pendapat, dan perasaan.
( Edward Sapir , 1921 )

•…Suatu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota sesebuah masyarakat sebagai alat untuk berhubung, bekerjasama, dan bergotong-royong.
( Bloch and Trager )

•…Bahasa atau la langue sebagai satu gejala sosial yang dipunyai oleh seluruh masyarakat yang menggunakan bahasa. Manakala pertuturan atau la parole pula adalah penghasilan seseorang individu.
( Ferdinand de Saussure , 1959 )

Oleh itu, bahasa adalah berlainan dengan pertuturan kerana bahasa boleh melibatkan tulisan dan lisan, manakala pertuturan pula hanya melibatkan lisan sahaja.


Peranan Bahasa :
Bahasa mempunyai fungsi yang pelbagai :
ØDalam konteks keanggotaan dalam masyarakat, bahasa berfungsi sebagai alat untuk menjamin dan mengekalkan hubungan di antara keanggotaan masyarakat tersebut.
ØDalam konteks sosial, bahasa digunakan sebagai alat untuk mengenal penerima   dengan lebih mendalam.
ØMisalnya, bagaimana ia bercakap dan apa yang dipercakapkan akan memberikan tanda-tanda dan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya seperti sikap, pendirian, pekerjaannya, tempat asalnya, dan berbagai-bagai aspek latar belakangnya.


1.3.1 Bahasa Kebangsaan
ØBahasa yang diberi fungsi untuk menunjukkan identiti kebangsaan bagi sesebuah negara.
ØDipilih daripada salah sebuah bahasa tempatan atau peribumi yang telah lama digunakan sebagai alat perhubungan di kalangan penduduknya serta dapat menggambarkan ciri-ciri kebangsaan negera berkenaan.
ØMisalnya, bahasa Melayu di Malaysia diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan.
ØBahasa-bahasa lain tidak diiktiraf kerana tidak memperlihatkan identiti kebangsaan dan merupakan bahasa pendatang.


1.3.2 Bahasa Rasmi
ØMaksud RASMI – urusan pemerintah dengan rakyat yang dikendalikan melalui penggunaan bahasa yang ditetapkan.
ØJusteru, bahasa rasmi – bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanya dalam urusan-urusan rasmi kerajaan.
ØJuga digunakan dalam sebaran am, media massa, borang permohonan, minit mesyuarat jabatan dsb.
ØTidak semestinya diambil daripada bahasa kebangsaan atau bahasa tempatan.
ØMisalnya, di Malaysia atau Tanah Melayu, bahasa Inggeris pernah diberi status sebagai bahasa rasmi sebelum diambil alih oleh bahasa Melayu pada tahun 1967
ØDi India, bahasa Inggeris masih diberi status sebagai bahasa rasmi untuk mengelak perbalahan kaum.
ØDi Singapura, bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi tetapi bahasa kebangsaannya terdiri daripada  bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil.


1.3.3 Bahasa Perpaduan
ØBahasa yang digunakan sebagai alat untuk menyatukan rakyat yang berbilang kaum.
ØDi Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa yang berupaya untuk menjdi agen penyatuan masyarakat
ØBahasa Melayu melambangkan kedaulatan dan perpaduan negara kerana ia menjadi asas kebudayaan  kebangsaan dan menyatupadukan rakyat.
ØSatu kebudayaan kebangsaan dan bahasa kebangsaan pula sebagai lambang ekspresinya, maka perpaduan rakyat yang berbilang kaum dapat dicapai.


1.3.4 Bahasa Ilmu
ØBahasa yang berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden, iaitu ilmu sains, teknologi, ekonomi, kejuruteraan, kedoktoran dan undang-undang, di samping sastera dan agama. di pusat-pusat pengajian.
ØJusteru itu, bahasa Melayu harus berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu moden.

i. sebagai bahasa yang boleh mendokong perkembangan bangsa dalam segala lapangan dan membantu pembentukan dan perkembangan identiti kebangsaan.
ii.sebagai alat komunikasi masyrakat serta sebagi alat perpaduan dalam negara berbilang bangsa dan agama.( Dato’ Hj. Hassan Ahmad )


Ciri-ciri bahasa Ilmu :
þKeintelektualan bahasa :
§Keupayaan bahasa itu menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, iaitu mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran;
§Dicapai melalui perbendaharaan kata. Ada dua cara keintelektualan perbendaharaan kata :
i. Pengembangan perbendaharaan kata;( lexical development );
ii. Penukaran bentuk dan corak perbendaharaan kata.


þKesempurnaan bahasa :
•Sifat-sifat yang menjadikan satu-satu bahasa itu sesuai, tepat, tegas dan berkesan dalam situasi atau konteks penggunaannya;
•Bahasa yang sempurna adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan.


Bahasa Melayu Baku:
BAKU : Mengikut kamus Dewan ( 1984 ), baku berasal daripada perkataan Jawa – POKOK (basis), DASAR (principle) atau BENAR (true, accurate).
Bahasa Baku – bermaksud bahasa yang menjadi pokok, dasar atau yang benar. Juga dikenali sebagai bahasa standard.


Konsep Bahasa Melayu Baku:
•Satu bahasa yang sudah dikodofikasikan bentuknya, diterima dan berfungsi sebagai model atau norma untuk komuniti yang lebih luas.( Garvin dan Mathiod )
•Satu ragam bahasa yang menunjukkan adanya keseragaman dalam bentuk dan fungsi. ( Einer Haugan )


KESIMPULAN –
•Bahasa baku adalah satu ragam bahasa yang seragam. Seragam dari aspek tatabahasa, ejaan, kamus (makna) dan sebutan.
•ATAU : bahasa baku bermaksud bahasa yang bersistem, teratur dan mempunyai sistem rujukan betul dan salah.


18 comments:

  1. Maklumat yang berguna kepada murid-murid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.Harap maklumat tersebut dapat membantu anak murid kita.

      Delete
  2. Blog yang berjaya dan menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini blog yang pertama kali saya buat. Memang banyak usaha dalam ini...Terima kasih,kawan...

      Delete
  3. Blog yang baik.Cikgu sangat rajin kerana telah menyediakan banyak nota,maklumat dan altihan di sini.Tahniah cikgu^^

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas pujian cikgu. Saya akan teruskan usaha ini..

    ReplyDelete
  5. Syabas, perkongsian yang menarik dan bermanfaat!^^

    ReplyDelete
  6. tahniah, blog yang sangat berguna.

    ReplyDelete
  7. Maklumat yang jelas, amat sesuai untuk murid!

    ReplyDelete
  8. Blog yang cantik sekali, terus berusaha...

    ReplyDelete
  9. Maklumat yang bernas. Teruskan usaha.

    ReplyDelete