Thursday 29 November 2012

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

 
STRATEGI

 
KONSEP STRATEGI
·         Menurut kamus dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.
·         Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara
·         Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.
·         Di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi P&P merangkumi perkara-perkara berikut:
·         Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.
·         Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.
·         Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran.
·         Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap faedah dan teknik mengajar yang telah disusun.
·         Pengagihan bahan murid mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik mengajar.
·         Pengurusan kelas mengikut pendekatan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai.
·         Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. 
·         Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid.
·         Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.

 
PENGGABUNGJALINAN 
·         Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. 
·         Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. 

 
PENYERAPAN 
·         Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain.   

 
PENGAYAAN 
·         Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. 
·         Murid ini hendaklah  diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.
·         Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
   
PEMULIHAN 
·         Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. 
·         Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.  

 
PENILAIAN 
·         Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. 
·         Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan  pemulihan atau pengayaan. 
·         Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.
Rumusan 
·         Pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Pemilihan dan pengurusan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

 
PENDEKATAN
·         Pendekatan 
Kamus Dewan (1998) – pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.
·         Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. 
·         Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. 
·         Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

 
PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA
·                     INDUKTIF
·                     DEDUKTIF
·                     EKLEKTIK
·                     KOMUNIKATIF
·                     INDUKTIF

 
·         Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum. 
·         Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. 
·         Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru.
·         Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan murid berfikir perkaitan antara sesuatu. 

 
·         Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
·         Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru. 
·         Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat kesimpulan.

 
DEDUKTIF
·         Merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum.
·         Selepas itu, proses P&P diteruskan di mana para murid akan menganalisis rumus-rumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang dibentangkan.
·         Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik. 
·         Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. 
·         Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
·         Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran kepada murid-murid pada awal pengajaran. 
·         Selepas itu, barulah mereka dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan baru.


EKLEKTIK
·         Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. 
·         Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif.
·         Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan. 
·         Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu.
·         Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan. 
·         Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi. 
·         Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif.
·         Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif. 
·         Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif.
·         Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu mengandalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.

 
KOMUNIKATIF


·         Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor.
·         Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari.
·         Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi.
·         Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. 
·         Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi.
·         Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.
·         Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.
·         Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan. 
·         Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari.
·         Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu.
·         Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

 
Pendekatan Pembelajaran Bahasa
·                     Berpusatkan Murid 
·                     Berdasarkan Bahan 
·                     Pemebelajaran Berasaskan Projek 
·                     Pembelajaran Berasaskan Masalah
·                     Pembelajaran Berasaskan Aktiviti 
·                     Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario 
·                     Pembelajaran Berasaskan Permainan 

 
Pendekatan berpusatkan murid 
·         Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. 
·         Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. 
·         Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu. 
·         Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti. 

 
Pendekatan berpusatkan bahan 
·         Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting. Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. 
·         Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. 
·         Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas. 

 
Pendekatan berasaskan projek
·         Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. 
·         Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan. 

 
Pendekatan berasaskan masalah 
·         Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk menyelesaikan masalah. 
·         Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah. 

 
Pembelajaran berasaskan aktiviti
·         Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. 
·         Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah. 
Pembelajaran berasaskan situasional 
·         Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. 
·         Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-contoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran. 

Pembelajaran berasaskan permainan 
·         Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri aktiviti permainan yang dilaksanakan. 
·         Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa dan aksi

 
KAEDAH
·         Definisi Kaedah
Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
·         Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.
·         Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72). 



Kaedah
Penerangan
Kaedah Natural
Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu.
Kaedah Nahu Tradisional
Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan.
Kaedah Terus
Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua. Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak.
Kaedah Ajuk Hafaz
Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.

 

Kaedah
Penerangan
Kaedah
Linguistik
Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna.
Kaedah
Kod
Kognitif
Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa.
Kaedah
Bahasa
Komuniti
Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning merupakan cara pembelajaran bahasa yang diasaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.
Kaedah
Oral-
Aural 
Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.


TEKNIK
·         Definisi
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
·         Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
·         Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
·         Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

 
Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
·                     Teknik main peranan
·                     Teknik permainan bahasa
·                     Teknik latih tubi
·                     Teknik bercerita
·                     Teknik simulasi
·                     Teknik drama
Tujuan Teknik
·                     Menarik minat murid
·                     Mengekalkan perhatian
·                     Membangkitkan rasa ingin tahu
Teknik Latih - Tubi
·         Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
·         Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
·         Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu.
·         Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
·         Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
·         Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
·          
Teknik Simulasi
·         Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
·         Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
·         Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. 
·         Memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah.
·         Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
·         Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Teknik Main Peranan
·         Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
·         Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
·         Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
·         Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
Teknik Sumbangsaran
·         Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
·         Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
·         Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

 
Teknik Permainan Bahasa
·         Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
·         Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
·         Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
·         Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. 

 
Teknik Bercerita
·         Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
·         Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
·         Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar.
·         Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
·         Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

 
Teknik Drama
·         Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
·         Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
·         Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
·         Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
·         Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
·         Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.

  
 
BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
STRATEGI
PENDEKATAN
KAEDAH
TEKNIK
Berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik mengajar
Bercorak abstrak
Bersifat konkrit
Lebih khusus atau spesifik
Rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan
Satu pandangan, pendirian, pegangan atau falsafah bagi melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkara
Cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar kemahiran bahasa
Wujud dalam bentuk aktiviti, strategi atau taktik dan bahan atau alat yang berkaitan
Strategi penggabungjajalinan kemahiran 
-strategi 
penyerapan nilai-nilai murini dalam pengajaran
Pendekatan empirisis 
-pendekatan rasiomalis (mentalis 
-pendekatan komunikatif
-kaedah tubi 
-kaedah terus 
-kaedah dengar dan sebut 
-kaedah bersiri 
-kaedah terjemahan 
-kaedah tentera
-teknik kloz 
-teknik bacaan nyaring 
-teknik bercerita
-teknik drama
-teknik korus
-teknik dialog

 
PENUTUP
·                     Kebolehan murid melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik. 
·                     Kita harus melahirkan murid sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan matlamat penting dalam dunia pendidikan. 
·                     Jika kita inginkan murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bibliografi
http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-kaedah-kump-syafiq-presentation
http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/
http://www.scribd.com/doc/49253307/Kaedah-Pengajaran-Bahasa-Melayu