Thursday, 27 December 2012
Monday, 3 December 2012
Status Dan Fungsi Bahasa Melayu
•…Bahasa adalah satu sistem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari (sewenang-wenangnya) untuk menyampaikan fikiran, pendapat, dan perasaan.
( Edward Sapir , 1921 )
•…Suatu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota sesebuah masyarakat sebagai alat untuk berhubung, bekerjasama, dan bergotong-royong.
( Bloch and Trager )
•…Bahasa atau la langue sebagai satu gejala sosial yang dipunyai oleh seluruh masyarakat yang menggunakan bahasa. Manakala pertuturan atau la parole pula adalah penghasilan seseorang individu.
( Ferdinand de Saussure , 1959 )
Oleh itu, bahasa adalah berlainan dengan pertuturan kerana bahasa boleh melibatkan tulisan dan lisan, manakala pertuturan pula hanya melibatkan lisan sahaja.
Peranan Bahasa :
Bahasa mempunyai fungsi yang pelbagai :
ØDalam konteks keanggotaan dalam masyarakat, bahasa berfungsi sebagai alat untuk menjamin dan mengekalkan hubungan di antara keanggotaan masyarakat tersebut.
ØDalam konteks sosial, bahasa digunakan sebagai alat untuk mengenal penerima dengan lebih mendalam.
ØMisalnya, bagaimana ia bercakap dan apa yang dipercakapkan akan memberikan tanda-tanda dan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya seperti sikap, pendirian, pekerjaannya, tempat asalnya, dan berbagai-bagai aspek latar belakangnya.
1.3.1 Bahasa Kebangsaan
ØBahasa yang diberi fungsi untuk menunjukkan identiti kebangsaan bagi sesebuah negara.
ØDipilih daripada salah sebuah bahasa tempatan atau peribumi yang telah lama digunakan sebagai alat perhubungan di kalangan penduduknya serta dapat menggambarkan ciri-ciri kebangsaan negera berkenaan.
ØMisalnya, bahasa Melayu di Malaysia diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan.
ØBahasa-bahasa lain tidak diiktiraf kerana tidak memperlihatkan identiti kebangsaan dan merupakan bahasa pendatang.
1.3.2 Bahasa Rasmi
ØMaksud RASMI – urusan pemerintah dengan rakyat yang dikendalikan melalui penggunaan bahasa yang ditetapkan.
ØJusteru, bahasa rasmi – bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanya dalam urusan-urusan rasmi kerajaan.
ØJuga digunakan dalam sebaran am, media massa, borang permohonan, minit mesyuarat jabatan dsb.
ØTidak semestinya diambil daripada bahasa kebangsaan atau bahasa tempatan.
ØMisalnya, di Malaysia atau Tanah Melayu, bahasa Inggeris pernah diberi status sebagai bahasa rasmi sebelum diambil alih oleh bahasa Melayu pada tahun 1967
ØDi India, bahasa Inggeris masih diberi status sebagai bahasa rasmi untuk mengelak perbalahan kaum.
ØDi Singapura, bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi tetapi bahasa kebangsaannya terdiri daripada bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil.
1.3.3 Bahasa Perpaduan
ØBahasa yang digunakan sebagai alat untuk menyatukan rakyat yang berbilang kaum.
ØDi Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa yang berupaya untuk menjdi agen penyatuan masyarakat
ØBahasa Melayu melambangkan kedaulatan dan perpaduan negara kerana ia menjadi asas kebudayaan kebangsaan dan menyatupadukan rakyat.
ØSatu kebudayaan kebangsaan dan bahasa kebangsaan pula sebagai lambang ekspresinya, maka perpaduan rakyat yang berbilang kaum dapat dicapai.
1.3.4 Bahasa Ilmu
ØBahasa yang berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden, iaitu ilmu sains, teknologi, ekonomi, kejuruteraan, kedoktoran dan undang-undang, di samping sastera dan agama. di pusat-pusat pengajian.
ØJusteru itu, bahasa Melayu harus berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu moden.
i. sebagai bahasa yang boleh mendokong perkembangan bangsa dalam segala lapangan dan membantu pembentukan dan perkembangan identiti kebangsaan.
ii.sebagai alat komunikasi masyrakat serta sebagi alat perpaduan dalam negara
berbilang bangsa dan agama.( Dato’ Hj. Hassan Ahmad )
Ciri-ciri bahasa Ilmu :
þKeintelektualan bahasa :
§Keupayaan bahasa itu menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, iaitu mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran;
§Dicapai melalui perbendaharaan kata. Ada dua cara keintelektualan perbendaharaan kata :
i. Pengembangan perbendaharaan kata;( lexical development );
ii. Penukaran bentuk dan corak perbendaharaan kata.
þKesempurnaan bahasa :
•Sifat-sifat yang menjadikan satu-satu bahasa itu sesuai, tepat, tegas dan berkesan dalam situasi atau konteks penggunaannya;
•Bahasa yang sempurna adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan.
Bahasa Melayu Baku:
BAKU : Mengikut kamus Dewan ( 1984 ), baku berasal daripada perkataan Jawa – POKOK (basis), DASAR (principle) atau BENAR (true, accurate).
Bahasa Baku – bermaksud bahasa yang menjadi pokok, dasar atau yang benar. Juga dikenali sebagai bahasa standard.
Konsep Bahasa Melayu Baku:
•Satu bahasa yang sudah dikodofikasikan bentuknya, diterima dan berfungsi sebagai model atau norma untuk komuniti yang lebih luas.( Garvin dan Mathiod )
•Satu ragam bahasa yang menunjukkan adanya keseragaman dalam bentuk dan fungsi. ( Einer Haugan )
KESIMPULAN –
•Bahasa baku adalah satu ragam bahasa yang seragam. Seragam dari aspek tatabahasa, ejaan, kamus (makna) dan sebutan.
•ATAU : bahasa baku bermaksud bahasa yang bersistem, teratur dan mempunyai sistem rujukan betul dan salah.
Ciri-ciri bahasa Ilmu :
þKeintelektualan bahasa :
§Keupayaan bahasa itu menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, iaitu mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran;
§Dicapai melalui perbendaharaan kata. Ada dua cara keintelektualan perbendaharaan kata :
i. Pengembangan perbendaharaan kata;( lexical development );
ii. Penukaran bentuk dan corak perbendaharaan kata.
þKesempurnaan bahasa :
•Sifat-sifat yang menjadikan satu-satu bahasa itu sesuai, tepat, tegas dan berkesan dalam situasi atau konteks penggunaannya;
•Bahasa yang sempurna adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan.
Bahasa Melayu Baku:
BAKU : Mengikut kamus Dewan ( 1984 ), baku berasal daripada perkataan Jawa – POKOK (basis), DASAR (principle) atau BENAR (true, accurate).
Bahasa Baku – bermaksud bahasa yang menjadi pokok, dasar atau yang benar. Juga dikenali sebagai bahasa standard.
Konsep Bahasa Melayu Baku:
•Satu bahasa yang sudah dikodofikasikan bentuknya, diterima dan berfungsi sebagai model atau norma untuk komuniti yang lebih luas.( Garvin dan Mathiod )
•Satu ragam bahasa yang menunjukkan adanya keseragaman dalam bentuk dan fungsi. ( Einer Haugan )
KESIMPULAN –
•Bahasa baku adalah satu ragam bahasa yang seragam. Seragam dari aspek tatabahasa, ejaan, kamus (makna) dan sebutan.
•ATAU : bahasa baku bermaksud bahasa yang bersistem, teratur dan mempunyai sistem rujukan betul dan salah.
Sunday, 2 December 2012
Saturday, 1 December 2012
Thursday, 29 November 2012
Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
STRATEGI
KONSEP STRATEGI
·
Menurut kamus dewan (1998), strategi
bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.
·
Strategi juga bermakna kebijaksanaan
dalam menguruskan sesuatu perkara
·
Dalam bidang pendidikan, strategi
merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang
kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran
yang telah ditentukan.
·
Di dalam sesuatu waktu pelajaran,
strategi P&P merangkumi perkara-perkara berikut:
·
Penentuan pendekatan berdasarkan
objektif pelajaran.
·
Pemilihan kaedah dan teknik mengajar
berdasarkan pendekatan.
·
Penyusunan kaedah dan teknik
mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran.
·
Pengagihan masa dan langkah mengajar
untuk setiap faedah dan teknik mengajar yang telah disusun.
·
Pengagihan bahan murid mengikut
keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik mengajar.
·
Pengurusan kelas mengikut pendekatan
kaedah dan teknik mengajar yang sesuai.
·
Strategi pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan,
penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha
memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara.
·
Namun demikian, guru-guru adalah
digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan
kebolehan murid.
·
Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan
bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid
berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.
PENGGABUNGJALINAN
·
Penggabungjalinan memainkan peranan
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa
kemahiran dapat dikuasai serentak.
·
Cara ini juga dapat mengelakkan
kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh
digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa
atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.
PENYERAPAN
·
Dalam pengajaran bahasa Melayu,
unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi
pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan
lain-lain.
PENGAYAAN
·
Program pengayaan perlu diberi
penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang
berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat.
·
Murid ini hendaklah diberikan
bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan
bimbingan guru.
·
Bahan-bahan seperti bahan bacaan
tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan
kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang
ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang
ditentukan.
PEMULIHAN
·
Program pemulihan disediakan untuk
membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam
tempoh masa yang ditetapkan.
·
Bahan-bahan untuk program ini
terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain
yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang
lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid
menguasai sesuatu kemahiran.
PENILAIAN
·
Penilaian dianggap sebagai
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan
suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian
sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.
·
Oleh itu, penilaian perlulah
dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui
proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu
diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan
atau pengayaan.
·
Dan setelah itu barulah dapat
dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi
murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan
murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di
tahap yang lebih tinggi.
Rumusan
·
Pemilihan strategi haruslah
berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan, kaedah dan
teknik mengajar. Pemilihan dan pengurusan strategi yang sesuai akan
menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.
PENDEKATAN
·
Pendekatan
Kamus Dewan (1998) – pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.
Kamus Dewan (1998) – pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.
·
Pendekatan biasanya dimaksudkan
dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran.
·
Dalam pengertian yang lebih luas
pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau
jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.
·
Pendekatan-pendekatan yang dipilih
biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA
·
INDUKTIF
·
DEDUKTIF
·
EKLEKTIK
·
KOMUNIKATIF
·
INDUKTIF
·
Pendekatan
induktif bermula daripada spesifik
kepada umum.
·
Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson
(1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan
menuju ke arah sesuatu generalisasi.
·
Melalui pendekatan ini, guru akan
memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga
murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru.
·
Pendekatan ini sesuai digunakan
dalam semua pelajaran bagi menggalakkan murid berfikir perkaitan antara
sesuatu.
·
Antara prinsip-prinsip penggunaan
pendekatan induktif adalah menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
·
Ini adalah sebagai rujukan kepada
murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru.
·
Selain itu, soalan-soalan akan
disediakan untuk membimbing murid membuat kesimpulan.
DEDUKTIF
·
Merujuk kepada cara pengajaran yang
bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui
umum.
·
Selepas itu, proses P&P
diteruskan di mana para murid akan menganalisis rumus-rumus yang didedahkan
terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang dibentangkan.
·
Pendekatan
deduktif merupakan jenis pengajaran
yang bermula daripada umum kepada spesifik.
·
Pendekatan ini merujuk kepada satu
pembelajaran dimana murid bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam
kes-kes tertentu.
·
Strategi Pengajaran Deduktif merupakan
kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang
mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang
telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
·
Dalam penggunaan pendekatan ini,
guru memberitahu objektif pembelajaran kepada murid-murid pada awal
pengajaran.
·
Selepas itu, barulah mereka
dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu yang berkaitan bagi
membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan baru.
EKLEKTIK
·
Pendekatan
eklektik menggunakan dua atau lebih
kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut
dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran.
·
Pendekatan eklektik dihasilkan
dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif.
·
Pendekatan ini sesuai untuk kelas
yang mempunyai murid pelbagai kebolehan.
·
Guru tidak terikat dengan mana-mana
pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai
mengikut kesediaan pelajar waktu itu.
·
Sebagai contoh, guru boleh memulakan
P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan.
·
Selain itu, proses P&P boleh
diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi.
·
Proses ini lebih menyerupai kepada
pendekatan induktif.
·
Jika guru memulakan pelajaran dengan
memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian
diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada
pendekatan deduktif.
·
Kesimpulannya, pendekatan eklektik
ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada
kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif.
·
Mengikut pendekatan ini, guru
menjadi lebih fleksibel dan mampu mengandalikan kelas mengikut kehendak dan
keperluan murid.
KOMUNIKATIF
·
Pendekatan
komunikatif merupakan pendekatan yang
berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu
seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor.
·
Situasi ini berlaku dalam amalan
masyarakat sehari-hari.
·
Melalui pendekatan ini, penekanan
tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi.
·
Pendekatan ini wujud kerana didapati
pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina
ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana.
·
Hasilnya, murid tidak menguasai
kecekapan berkomunikasi.
·
Penguasaan komunikasi adalah perlu
agar murid dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks
bahasa.
·
Dalam pendekatan komunikatif ini,
beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar murid dapat menggunakan bahasa
yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti
yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid
menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.
·
Selain itu, pengajaran bahasa dibuat
dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat
agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan.
·
Pengajaran bahasa lebih mengikut
proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari.
·
Rumusan yang boleh dibuat ialah
pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan
sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan
itu.
·
Cara-cara yang digunakan untuk
menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah
kaedah-kaedah pengajaran.
Pendekatan Pembelajaran Bahasa
·
Berpusatkan
Murid
·
Berdasarkan
Bahan
·
Pemebelajaran
Berasaskan Projek
·
Pembelajaran
Berasaskan Masalah
·
Pembelajaran
Berasaskan Aktiviti
·
Pembelajaran
Berasaskan Situasional/Senario
·
Pembelajaran
Berasaskan Permainan
Pendekatan berpusatkan murid
·
Pendekatan pembelajaran berpusatkan
murid berlaku apabila murid memainkan peranan penting dalam proses
pembelajaran.
·
Murid-murid digalakkan melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Murid-murid diberi
peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Sehubungan
dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran.
·
Guru merupakan seorang pemimpin yang
memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan
atau individu.
·
Banyak masa diperuntukkan untuk
murid melaksanakan sesuatu aktiviti.
Pendekatan berpusatkan bahan
·
Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting. Guru atau murid bergantung
sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif
pelajaran.
·
Strategi pengajaran dan pembelajaran
lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk
mencapai objektif pelajaran.
·
Pendekatan ini menekankan
perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Penggunaan bahan mengajar akan
membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.
Pendekatan berasaskan projek
·
Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.
·
Dalam pendekatan berasaskan projek,
pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat
mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang
dilaksanakan.
Pendekatan berasaskan masalah
·
Pengajaran dan pembelajaran
berasaskan masalah memerlukan seseorang guru secara kreatif menimbulkan
situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong minat dan kecenderungan
murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk menyelesaikan
masalah.
·
Guru menentukan tujuan, mengagihkan
murid dalam kumpulan dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah.
Pembelajaran berasaskan aktiviti
·
Melalui pendekatan ini murid-murid
bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi tujuan melaksanakan tugasan
mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat dan kecenderungan murid
sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan
pembelajaran guru.
·
Pembelajaran berasaskan aktiviti
boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru bahasa
Melayu di sekolah-sekolah.
Pembelajaran berasaskan
situasional
·
Pendekatan ini mementingkan
penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar dan bahan-bahan maujud serta
gerakan tingkah laku yang boleh membantu menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa.
·
Guru hanya bertindak sebagai model
dan menyediakan latar situasi yang dapat menciptakan struktur bahasa sasaran
dan kemudian mengemukakan contoh-contoh untuk diikuti secara berulang untuk
mengukuhkan pembelajaran.
Pembelajaran berasaskan
permainan
·
Dalam pendekatan ini pengajaran dan
pembelajaran seolah-olah hidup dengan permainan-permainan yang disediakan.
Murid-murid akan mengalami sendiri aktiviti permainan yang dilaksanakan.
·
Murid-murid akan mudah memahami apa
yang guru ajarkan melalui permainan yang disediakan dengan menarik dan
berkesan. Murid-murid dapat berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan
perasaan dengan menggunakan bahasa dan aksi
KAEDAH
·
Definisi Kaedah
Kaedah merupakan satu siri tindakan
guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang
telah ditetapkan.
·
Kaedah adalah lebih bercorak jangka
pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada
prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah
juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.
·
Kaedah merupakan langkah-langkah
atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang
harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran
(Mangantar Simanjuntak, 1982:72).
Kaedah
|
Penerangan
|
Kaedah Natural
|
Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi
komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional.
Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi
gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu.
|
Kaedah Nahu Tradisional
|
Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan
pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis
menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga, membolehkan pelajar
menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. Ia juga bagi
melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan
dalam penulisan.
|
Kaedah Terus
|
Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald
Palmer antara tahun1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar
kerana pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam
Perang Dunia Kedua. Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang
berdasarkan psikologi kanak-kanak.
|
Kaedah Ajuk Hafaz
|
Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara
demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan
tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur
jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan
dan maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.
|
Kaedah
|
Penerangan
|
Kaedah
Linguistik
|
Kaedah ini adalah
merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan
antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid harus tertumpu kepada
bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk
ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada
makna.
|
Kaedah
Kod
Kognitif
|
Kaedah ini lebih
menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa
harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-hukum dan norma-norma
tertentu dalam ilmu tatabahasa.
|
Kaedah
Bahasa
Komuniti
|
Pembelajaran bahasa
komuniti atau Community Language Learning merupakan cara pembelajaran bahasa
yang diasaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-rakannya. La Forge
(1983) murid Curran meluaskan teori CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori
bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model
abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna
yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.
|
Kaedah
Oral-
Aural
|
Kaedah ini diajar
adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang keempat-empat kemahiran
bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan
Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk
pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan
asing melalui pengalaman dalam bahasa.
|
TEKNIK
·
Definisi
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga),
teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik,
karang-mengarang dan sebagainya.
·
Menurut Edward M. Anthony
mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang
digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar
sesuatu bahagian bahasa tertentu.
·
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin &
Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi
Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang
benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai
sesuatu objektif.
·
Teknik merupakan suatu alat yang
digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah
dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan
kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
·
Teknik main peranan
·
Teknik permainan bahasa
·
Teknik latih tubi
·
Teknik bercerita
·
Teknik simulasi
·
Teknik drama
Tujuan Teknik
·
Menarik minat murid
·
Mengekalkan perhatian
·
Membangkitkan rasa ingin tahu
Teknik Latih - Tubi
·
Teknik latih tubi adalah aktiviti
pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
·
Tujuannya untuk mencapai taraf
penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
·
Ia sesuai digunakan untuk pengajaran
Bahasa Melayu.
·
Boleh digunakan untuk mencapai
sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau
mengingat fakta-fakta penting.
·
Melalui teknik ini murid akan
mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan
serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
·
Berasaskan pengajaran bahasa dengar
dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
·
Teknik Simulasi
·
Simulasi ditakrifkan sebagai satu
situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan
pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi
membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
·
Melalui teknik ini murid-murid dapat
menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan
temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
·
Dalam proses ini murid digalakkan
untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
·
Memberi peluang kepada murid
mengalami sendiri situasi dan masalah.
·
Melalui teknik ini pelbagai
kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam
kemahiran lisan membaca dan menulis.
·
Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti
menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid untuk meneruskan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Teknik Main Peranan
·
Main peranan bermaksud melakonkan
sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
·
Murid diberi peranan dan bertindak
sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
·
Main peranan ialah dramatisasi yang
tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan
atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan
kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
·
Proses ini biasanya dimulakan dengan
pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara
membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar
rakaman dan sebagainya.
Teknik Sumbangsaran
·
Teknik ini dikenali juga sebagai
percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang
membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
·
Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti
permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti
perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah,
universiti dan latihan profesional.
·
Menekankan pengeluaran idea daripada
pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.
Teknik Permainan Bahasa
·
Permainan bahasa adalah salah satu
cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
·
Penglibatan dalam permainan telah
memberi peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran
bermakna dan sebagai alat dianogstik.
·
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan
akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
·
Permainan bahasa mempunyai hala tuju
yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan
Falsafah Pendidikan Negara khususnya.
Teknik Bercerita
·
Merupakan salah satu pendekatan yang
sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan
sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
·
Latihan pemahaman, perluasan
perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
·
Dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar.
·
Perkembangan cerita hendaklah diberi
perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita.
Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan
mata.
·
Suara memainkan peranan yang penting
di mana ia harus di kawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan
kebosanan.
Teknik Drama
·
Sering digunakan dalam kaedah
komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus,
elektif dan audiolingual.
·
Tujuan utama adalah untuk melatih
murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi)
dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan
dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
·
Penggunaannya dapat mendorong dan
merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang
dipelajarinya.
·
Murid bebas meluahkan sesuatu,
membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
·
Drama berperanan sebagai ragam
pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
·
Dapat menimbulkan keseronokan dan
keberkesanan pembelajaran kepada murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah
murid.
BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN
TEKNIK
STRATEGI
|
PENDEKATAN
|
KAEDAH
|
TEKNIK
|
Berdasarkan
pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik
mengajar
|
Bercorak
abstrak
|
Bersifat
konkrit
|
Lebih
khusus atau spesifik
|
Rancangan
yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan
|
Satu
pandangan, pendirian, pegangan atau falsafah bagi melihat, memahami dan
mendekati sesuatu perkara
|
Cara
mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar kemahiran bahasa
|
Wujud
dalam bentuk aktiviti, strategi atau taktik dan bahan atau alat yang berkaitan
|
Strategi
penggabungjajalinan kemahiran
-strategi
penyerapan
nilai-nilai murini dalam pengajaran
|
Pendekatan
empirisis
-pendekatan
rasiomalis (mentalis
-pendekatan
komunikatif
|
-kaedah
tubi
-kaedah
terus
-kaedah
dengar dan sebut
-kaedah
bersiri
-kaedah
terjemahan
-kaedah
tentera
|
-teknik
kloz
-teknik
bacaan nyaring
-teknik
bercerita
-teknik
drama
-teknik
korus
-teknik
dialog
|
PENUTUP
·
Kebolehan murid melibatkan diri
dalam situasi pengajaran dan pembelajaran bermakna di dalam bilik darjah merupakan
kehendak standard untuk setiap warganegara yang bertanggungjawab dalam
masyarakat moden dan demokratik.
·
Kita harus melahirkan murid sebagai
pemikir berkesan dan ini merupakan matlamat penting dalam dunia
pendidikan.
·
Jika kita inginkan murid bertidak
secara efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita perlu
menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Bibliografi
http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-kaedah-kump-syafiq-presentation
http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/
http://www.scribd.com/doc/49253307/Kaedah-Pengajaran-Bahasa-Melayu
Subscribe to:
Posts (Atom)